BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 26, 2009

Pencerobohan ke Rumah Mya.

Tepat jam 4:45, kitorang bertolak dari Taman Mutiara Indah, Puchong. Rumah Mya. Lawa gile seyy...
Ahli : Lekha, Aku, Tasha, Wan, Ezlin, and Shaz.
Tujuan skema : Nak sama-sama siapkan folio Geo.
Kebenaran : (yang terjadi) tengok tv dan menceroboh peti ais Mya.

Dalam kereta, diorang memekak. Wan lah ketua, bercerita pasal hero-hero sekolah.

Hero-Hero Sekolah
**'Mr.' Radzi - Cikgu Geografi awal dan akhir kelas 2E.
**Mr. Fauzi- - Cikgu pract dari New Zealand yang mengajar English.
**Mr. Adi - Cikgu pract yang Wan fikir annoying and *****.
**Mr. Saidin - Cikgu pract also from NZ, ajar pagi.
**Mr. Tan- - Cikgu Cina yang baik hati.
**Mr. Wong a.k.a Edward Cullen versi Cina - Kegilaan pelajar pagi dan petang. Ajar Perdagangan.
**'Mr.' Sabri - Cikgu yang ntahapehape. Muka dia cam mintak penumbuk Bruce Lee!
**Ustaz An - Ustaz blur dan selamber.....

Berita terkini, Ustaz punya Wall Photo kat Facebook : Ustaz dengan kekasih hati beliau. Beliau memakai baju merah Spiderman dan beg tali 'bodoh' beliau. Dalam gambargajah tersebut, ada 2 imej Spiderman. Maybe beliauu baru balik tengok wayang Spiderman kot...

..........
Kondisi ku kini : Sedang memerlukan dia sangat-sangat.
Aktiviti : Menaip sambil mengingatinya.
Perasaan : Kecewa, tak puas hati dan tak tenteram.
Hati : Sakit, parah, sedang dalam perjalanan ke ICU, berdenyut lemah.
Soalan : Perlukah aku teruskan apa yang aku mulakan? Aku cuma takut untuk mengakhirinya.

Monday, August 24, 2009

Soalan, Aku, Air Mata, dan Bonekaku.

Pernah kisah anda dan dia mendapat tentangan?
Apakah reaksi si dia?
Adakah si dia takut lantas mengundurkan diri?
Apa alasannya?

Anda ada memujuknya agar kembali?
Memohon maaf walau anda dan si dia tahu itu bukan salah anda?
Berusahakah anda untuk mendapatkannya kembali?
Adakah anda tahu tahap cintanya pada anda setelah peristiwa yang tidak diinginkan itu berlaku?
Pernahkah suatu ketika anda begitu memerlukannya namun kemudian menyedari si dia tak mungkin akan ada untuk anda lagi?
Mengapa anda masih menyayangi insan yang takkan berjuang untuk anda?
Perlukah anda yang berjuang bermati-matian semata-mata untuk sebuah cinta yang tak mungkin hakiki?

..........
Aku ingin meluahkan segala yang terpendam. Cuma takut disalah anggap, kemudian disendakan dengan kata-kata sinis. Aku sangat memerlukannya. Aku sangat menghargainya. Namun, akhirnya ia dimusnahkan juga oleh insan terdekat, Ma'e ku sendiri. Aku kecewa, dan seperti biasa tiada sebarang reaksi yang upaya aku perlihatkan. Di mata dunia, mungkin aku tak punya perasaan. Di mata Ma'e, mungkin aku tak kisah dengan apa yang terjadi. Di mata mereka, aku tenang menghadap dugaan. Dan di mata dia, mungkin aku tak ingin ini diteruskan lagi.

Pernah mereka mengerti hati kecil ku? Tidak... Hanya dia yang mengerti. Pernah mereka menghargaiku, walau dengan sedikit senyum ikhlas dan terima kasih? Tidak... Hanya dia, walau dengan perkataan yang paling ringkas.

Aku seorang insan yang hanya mencurahkan isi hatinya kepada yang hatinya kasihi dan hargai. Aku seorang insan yang teguh memegang prinsip hidup namun tewas pada kehendak hati. Aku, air mata yang takkan pernah dipertontonkan, takkan pernah mengalir di bahu yang lain, air mata yang kaku di saat hatiku meraung sakit dihiris, air mata yang takut menghadap dunia.
Air mataku mengalir deras pabila aku parah memerlukannya. Lebih laju membasahi pipi pabila ku sedar dia takkan mungkin kembali untukku lagi. Dan jatuh bertemu Bumi pabila aku kecewa.
Air mataku memenjara diri di saat yang lain berebut keluar. Air mataku kuat menahan diri dari memalukan aku. Air mataku yang menemaniku tika aku putus harapan. Air mataku yang memberiku harapan tika mukaku ku sembam ke bantal menangisi si dia. Air mataku yang menyanyi lagu untukku tidur setelah penat menangis. Air mataku yang setia.

Namun, aku masih memerlukan dia. Berkongsi hari ini dan bercerita tentang hari esok. Mengomel tentang itu, membantah tentang ini.

Boneka ku, adalah diriku sendiri. Dipentaskan di pentas dunia, ditertawakan, disindirkan, dan dikritikkan oleh para penonton. Dipermainkan...

Hmmm...

Kepala tiba-tiba tertoleh memandang meja buku di sebelah. Sarat dan tidak terurus. Of course, teringat kat homework yang sedang melambai-lambai. Nauzubillah...
Malas sungguh tangan yang taat ni nak bekerja menyiapkan homework yang bertimbun tu. Lainlah kalau nak menaip, laju aje. Mari kita renung-renungkan senarai perkara-konon-berfaedah-dan-berilmiah yang harus disiapkan.

SENARAI PERKARA-KONON-BERFAEDAH-DAN-BERILMIAH

  • folio Geografi, Encik A. Radzi Jalil. (/Iran)
  • folio Seni, Pn. Fauziah a.k.a Chicken Little the Live Version.
  • folio KHB, Pn. Noorliza.
  • folio Sivik, Pn. Noorliza. (masih belum dimulakan)
  • Presentation ICTL, Cik Nora.
  • Pembentangan Komsas ; Syair Nur Alam Shah Lela Putera, Cik Seri.
  • Pembentangan Komsas ; Drama Buyung, Cik Seri.

Itu yang disenarai pendekkan, dan tak termasuk dengan homework Maths.

Friday, August 21, 2009

AKU JATUH 'CHEN-TA' DENGAN HARI INI.

"Ke-jatuh chen-ta-an" yang pertama : Aku dan Wan ke CM. Hari ini hari Jumaat terakhir sebelum puasa. Ezlin entah di mana, masih tak nampak-nampak batang hidungnya. Terserempak dengan grup 2M, termasuk Yus. Kami ke KFC. [Aku tak tahu apa kena-mengenanya dengan frasa Jumaat terakhir] Ezlin, tiada kesan. Seterusnya kami ke Popular Bookstore sebelum ke sekolah. Aku terjumpa buku Cecelia Ahern.

"Ke-jatuh chen-ta-an" yang kedua : Aku mengumpul memori. Memori yang dapat dikumpul, dapat dipegang dan disentuh. Tadi di KFC aku sibuk meminta khazanah yang dapat aku 'songlap'.Hahaha...

"Ke-jatuh chen-ta-an" yang ketiga : Mengapa Salha membawa buku yang bertajuk ; Dajjal Muncul dari Segi Tiga Bermuda. Mungkin kerana hari sebelumnya kami ada membincangkan mengenai 'perkara-perkara' yang berkaitan.

"Ke-jatuh chen-ta-an" yang terakhir : Hari ni kena hantar folio Geografi dan Seni. Sungguh aku alah dengan folio-folio yang perlu disiapkan cepat tanpa bimbingan. Ya, memang aku jatuh chen-ta dengan ini.

["Ke-jatuh chen-ta-an tamat"]

Huh, dia sudah mulai lembut dengan aku. Akan aku cuba pujuk dan dekati dia lagi. Ego sangat. Aku selalu makan hati dengan dia. Dia sudah mulai membalas mesej-mesej, tapi cuma di "buku-muka". Dia kata dia tak mahu masalah lagi.

Tuesday, August 18, 2009

HAHAHAHAHAHA.... ;p

BEST WAYS TO AVOID HOMEWORKS IN Mdm. Ng.'s MATH CLASS.

  1. Clap always no matter what the situation is.
  2. React happily.
  3. Answer before the question was even asked.
  4. When you can't give an answer, say anything that is related to numbers and maths.
  5. Fight to shout out the answers.
  6. When she says ;" checking time!", stand before she comes to your desk or check your book and classify yourself as "the same stubborn face".
  7. Don't forget to clap when she leaves the class.

Hahahahahaha....

Seperti biasa kami-kami (khususnya ahli 6 Jahanam), akan diberi tempat duduk eksklusif oleh YB Mdm. Ng. di akhir kelas. Faktor utama : Tidak siapkan latihan...

Hari ni takde apa yang istimewa berlaku. Hari yang sama seperti hari-hari yang sebelumnya. Yang ada setiap hari adalah buku, rakan-rakan, guru-guru, sekolah, nasi, perhimpunan, bas sekolah....

Nothing special...

Yahoo, Wan Hujjatul-Huda is coming to town! Huda, kirimkan satu meriam tembaga.

Aduss, esok kena datang pagi. Phantom hari tu tak habis lagi. Hari tu kena kacau dengan Cik Nora. Alahai... Presentation tak siap lagi.

Huh...

Thursday, August 13, 2009

HAPPY... :(




Ya... aku happy ni. tak nampak senyuman ku melebar hingga ke telinga nih???


kalau ya pun happy, kenapa 'hyper' sangat ?




huh...




apa-apa pun, kitorang (seluruh kelas 2 E yang glamour) berlatih sketsa sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Agak bestlah. Cik Seri join sekali untuk 'mengawal' kitorang. hahaha....


anyway, terimalah wish aku yang paling awal.

Happy 52nd Birthday to my beloved Malaysia!!!

muaxxxx...

Wednesday, August 12, 2009

PELIKNYA...


PELIK 1:


  • Kenapa Ash balas message aku kalau dia benci kat aku?

  • Kenapa dia cakap dia nak dia sendiri yang betulkan keadaan?

  • Kenapa susah sangat nak fahami dia?

  • Kenapa dia benci aku?

PELIK 2 : Jadi, tu bukan abang dia lah?


PELIK 3 : Kenapa Mr. Fauzi suka bagi task yang selalu ada kena mengena dengan lagu hits terkini?


PELIK 4 : Ouh... Idea dah dapat, tapi macam mana nak berlatih kalau asyik takde masa? Cikgu-cikgu ku yang baik hati, silalah beri kerjasama...


(ke-PELIK-an dah habis)


Kita bakal menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Hoorey!! Selain itu, (ceh, skema nya.) umat Islam bakal berpuasa bermula pada 22 Ogos ini.


Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 ni, kelas aku yang popular telah dipilih seperti biasa untuk membuat sebuah sketsa berkenaan kemerdekaan. Cikgu Faziyanti dah bagi story, tinggal nak act out je. Atleast aku dipilih sebagai tukang cerita babak terakhir. Yelah, kitorang nak satu kelas join. Aku dah dapat idea dah nak cakap apa. Takyah skrip-skrip yang merapu-rapu. Tulah istimewanya kelas kitorang ni, kitorang 'memahami' antara satu sama lain. Hehe..


Semalam kitorang dah plan nak tengok movie Phantom of The Opera, literature kitorang. Mr. Fauzi suruh kitorang datang pukul 8 pagi. Malam tu aku call ayah and jadikan dia 'supir' tak bertauliah aku. Hujan renyai-renyai. Aku berdiri kat pondok agar tak basah dek hujan yang tak seberapa tu. Aku asyik tengok jam. 'grrrrr...'. Alamak, perut dah berbunyi lah. Adus, duit besar, RM50. Macam mana nak beli nasi lemak sedap Mak Cik Ani tu? Penat kaki aku berdiri, aku berjalan. Aku pergi kedai nenek, tapi tak bukak lagi. Aku tunggu ayah dari pukul 7:10 tadi sekarang dah 7:20. Aku 'terambik' sikit duit N.I.E. Duit syiling jer, tak banyak pun... Adalah dalam RM1.20. Aku try 'public phone' kat depan lif. Huh, dua-dua 'out of order'. Try 'public phone' depan kedai kakak tu pun sama. Apalah nasib. Aku memanjangkan langkah ke Blok 1. Sama je nasib. Terpaksa aku terus keluar, ke depan Cosway sana nun. Tu lah satu-satunya 'public phone' yang berfungsi sepenuhnya. Aku call dua-dua nombor ayah. Tiba-tiba aku nampak kereta limo ayah meluncur laju masuk area CR. Alamak... Aku call lagi. Kenapa ayah tak angkat??


Terpaksalah aku melangkah balik ke blok 5. Hish.. Dalam aku meredah hujan yang tak seberapa tu, ada satu motor ni lalu... , Mr. Fauzi. Dia membonceng motor sape ntah pakai baju coklat, seluar shorts and earphone. Dia senyum kat aku. 'Eh, mamat ni tak pergi sekolah ke?' Aku terus menuju ke kereta ayah. Ada mak ngah sekali. Aku masuk kereta, suruh ayah bukak FLY.f.m. Aku rasa ngantuk. Tidur lah, apa lagi? Bangun-bangun, dah sampai dah sekolah.


Segerombolan kengkawan aku tengah berkumpul dekat pondok. Ada Natasya, Sayy, Shaz, Wan, Brintha, and also Aisyah and Salha. TG sampai lepas tu. Wan nak cerita pasal kejadian semalam.


Movie pun bermula, agak best lah.. Especially intro dia. Masa chandelier nak dibuka... Creepy gile citer dia tapi tak sempat tengok habis pun. In the middle of the story, Mr. Fauzi masuk and ntah apa benda dia buat, cerita tu end. Pastu bukak balik. Dia and Mr. "Saidin" pastu keluar balik. Tinggallah kitorang sengsorang menengok wayang... A minutes later, Mr. Tan pulak masuk tolong jagakan 'laptop' diorang. Tak sampai berapa minit kemudiannya, Cik Nora pulak masuk menyatakan bahawasanya hari ni ada ICTL. Yang kesiannya Mr. Tan lah tak pasal-pasal kena tuduh padahal dia datang just untuk jaga laptop. Hahahha... Dalam kelas kena marah..... Yang best kitorang kena buat "power Point" that says; "I'M SORRY, TEACHER".

:)

Hahaha.... muka budak kecik tu aku jumpa masa tengah main 'What's Your kampong name?' Aku dapat Aminah Jenab Binti Lebai!