BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009

AKU JATUH 'CHEN-TA' DENGAN HARI INI.

"Ke-jatuh chen-ta-an" yang pertama : Aku dan Wan ke CM. Hari ini hari Jumaat terakhir sebelum puasa. Ezlin entah di mana, masih tak nampak-nampak batang hidungnya. Terserempak dengan grup 2M, termasuk Yus. Kami ke KFC. [Aku tak tahu apa kena-mengenanya dengan frasa Jumaat terakhir] Ezlin, tiada kesan. Seterusnya kami ke Popular Bookstore sebelum ke sekolah. Aku terjumpa buku Cecelia Ahern.

"Ke-jatuh chen-ta-an" yang kedua : Aku mengumpul memori. Memori yang dapat dikumpul, dapat dipegang dan disentuh. Tadi di KFC aku sibuk meminta khazanah yang dapat aku 'songlap'.Hahaha...

"Ke-jatuh chen-ta-an" yang ketiga : Mengapa Salha membawa buku yang bertajuk ; Dajjal Muncul dari Segi Tiga Bermuda. Mungkin kerana hari sebelumnya kami ada membincangkan mengenai 'perkara-perkara' yang berkaitan.

"Ke-jatuh chen-ta-an" yang terakhir : Hari ni kena hantar folio Geografi dan Seni. Sungguh aku alah dengan folio-folio yang perlu disiapkan cepat tanpa bimbingan. Ya, memang aku jatuh chen-ta dengan ini.

["Ke-jatuh chen-ta-an tamat"]

Huh, dia sudah mulai lembut dengan aku. Akan aku cuba pujuk dan dekati dia lagi. Ego sangat. Aku selalu makan hati dengan dia. Dia sudah mulai membalas mesej-mesej, tapi cuma di "buku-muka". Dia kata dia tak mahu masalah lagi.

0 comments: