BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 12, 2009

PELIKNYA...


PELIK 1:


  • Kenapa Ash balas message aku kalau dia benci kat aku?

  • Kenapa dia cakap dia nak dia sendiri yang betulkan keadaan?

  • Kenapa susah sangat nak fahami dia?

  • Kenapa dia benci aku?

PELIK 2 : Jadi, tu bukan abang dia lah?


PELIK 3 : Kenapa Mr. Fauzi suka bagi task yang selalu ada kena mengena dengan lagu hits terkini?


PELIK 4 : Ouh... Idea dah dapat, tapi macam mana nak berlatih kalau asyik takde masa? Cikgu-cikgu ku yang baik hati, silalah beri kerjasama...


(ke-PELIK-an dah habis)


Kita bakal menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Hoorey!! Selain itu, (ceh, skema nya.) umat Islam bakal berpuasa bermula pada 22 Ogos ini.


Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 ni, kelas aku yang popular telah dipilih seperti biasa untuk membuat sebuah sketsa berkenaan kemerdekaan. Cikgu Faziyanti dah bagi story, tinggal nak act out je. Atleast aku dipilih sebagai tukang cerita babak terakhir. Yelah, kitorang nak satu kelas join. Aku dah dapat idea dah nak cakap apa. Takyah skrip-skrip yang merapu-rapu. Tulah istimewanya kelas kitorang ni, kitorang 'memahami' antara satu sama lain. Hehe..


Semalam kitorang dah plan nak tengok movie Phantom of The Opera, literature kitorang. Mr. Fauzi suruh kitorang datang pukul 8 pagi. Malam tu aku call ayah and jadikan dia 'supir' tak bertauliah aku. Hujan renyai-renyai. Aku berdiri kat pondok agar tak basah dek hujan yang tak seberapa tu. Aku asyik tengok jam. 'grrrrr...'. Alamak, perut dah berbunyi lah. Adus, duit besar, RM50. Macam mana nak beli nasi lemak sedap Mak Cik Ani tu? Penat kaki aku berdiri, aku berjalan. Aku pergi kedai nenek, tapi tak bukak lagi. Aku tunggu ayah dari pukul 7:10 tadi sekarang dah 7:20. Aku 'terambik' sikit duit N.I.E. Duit syiling jer, tak banyak pun... Adalah dalam RM1.20. Aku try 'public phone' kat depan lif. Huh, dua-dua 'out of order'. Try 'public phone' depan kedai kakak tu pun sama. Apalah nasib. Aku memanjangkan langkah ke Blok 1. Sama je nasib. Terpaksa aku terus keluar, ke depan Cosway sana nun. Tu lah satu-satunya 'public phone' yang berfungsi sepenuhnya. Aku call dua-dua nombor ayah. Tiba-tiba aku nampak kereta limo ayah meluncur laju masuk area CR. Alamak... Aku call lagi. Kenapa ayah tak angkat??


Terpaksalah aku melangkah balik ke blok 5. Hish.. Dalam aku meredah hujan yang tak seberapa tu, ada satu motor ni lalu... , Mr. Fauzi. Dia membonceng motor sape ntah pakai baju coklat, seluar shorts and earphone. Dia senyum kat aku. 'Eh, mamat ni tak pergi sekolah ke?' Aku terus menuju ke kereta ayah. Ada mak ngah sekali. Aku masuk kereta, suruh ayah bukak FLY.f.m. Aku rasa ngantuk. Tidur lah, apa lagi? Bangun-bangun, dah sampai dah sekolah.


Segerombolan kengkawan aku tengah berkumpul dekat pondok. Ada Natasya, Sayy, Shaz, Wan, Brintha, and also Aisyah and Salha. TG sampai lepas tu. Wan nak cerita pasal kejadian semalam.


Movie pun bermula, agak best lah.. Especially intro dia. Masa chandelier nak dibuka... Creepy gile citer dia tapi tak sempat tengok habis pun. In the middle of the story, Mr. Fauzi masuk and ntah apa benda dia buat, cerita tu end. Pastu bukak balik. Dia and Mr. "Saidin" pastu keluar balik. Tinggallah kitorang sengsorang menengok wayang... A minutes later, Mr. Tan pulak masuk tolong jagakan 'laptop' diorang. Tak sampai berapa minit kemudiannya, Cik Nora pulak masuk menyatakan bahawasanya hari ni ada ICTL. Yang kesiannya Mr. Tan lah tak pasal-pasal kena tuduh padahal dia datang just untuk jaga laptop. Hahahha... Dalam kelas kena marah..... Yang best kitorang kena buat "power Point" that says; "I'M SORRY, TEACHER".

:)

Hahaha.... muka budak kecik tu aku jumpa masa tengah main 'What's Your kampong name?' Aku dapat Aminah Jenab Binti Lebai!

0 comments: