BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

hari-hariku yang tiada bezanya.

Yupp, it's true and i'm not going to give a damn to change it.

Hari-hari, the same damn thing yang happen.

Bangun, kena marah, naik bas-kengkadang tertinggal, pergi sekolah, huh..che goo, HOMEWORKS!!!!, rehat-kantin yang menyedihkan dan mengharukan, che goo balik, HOMEWORKS, balik, penat, tidur. Ops, lupa. Selitkan HOMEWORKS di antara penat dan tidur tu ye... Syukur ke hadrat Ilahi, aku duduk di tepi pintu yang membolehkan aku mengelamun. Aku suka tengok orang yang berjalan kat bawah sana, kengkadang ada benda kelakar yang aku boleh tengok. Kalau che goo datang, aku boleh tolong alert-kan class. Kalau takde pape untuk dilihat, aku akan duduk mengelamun sambil mata memandang pokok besar kat luar kelas. Pokok tersebut memang best... Kalau petang-petang masa hujan, coooool je aku tengok pokok ni merempuh hujan. Errr, hujan tak boleh 'rempuh' hujan, so pokok tu...entahlah. Drop it, key? Masa paling best, sudah tentu masa Math. [kalau boleh nak cakap masa Sejarah, tapi aku duduk belakang masa Sejarah] Itu merupakan masa terbaik untuk mengelamun...



Pastu, balik.

That's it.

Balik.

So simple.

Balik.



Balik, korang akan pulang ke rumah yang korang selalu harap satu hari nanti, rumah tu akan perbaiki diri sendiri.



Baffling, ain't i?



Soooooo, macam mana Raya? Bast? Aku balik Johor on the 2nd day of Raya, then on the 3rd day of Raya i head north, Kedah. Nobody kat Kedah. Kitorang gi serbu rumah bos Papa. Haha, masyuk tuwh..... Dekat RM200 dapat kat situ. Hari Sabtu, aku and family aku pergi rumah Ejad.


Dalam beberapa hari lagi, Mr. Fauzi, Mr. Adi, Mr. Tan, And Mr. Saidin akan mengangkat kaki dari sekolah... tempoh pract diorang dah habis. Sob, Sob. Mr. Fauzi ni mengada-ngada nak suruh kitorang buat surat. Cakap, takpe buat on a piece of a chokia paper. Tak. I'll do it my way. Dan surat tersebut bakal sampai ke tangan dia pada Hari Jumaat. Yang tinggal, kena pikir apabenda nak dikarang ke atas surat tu?

"Assalammualaikum..."

"waalaikummussalam..."

"Wahai Che Otak, boleh tak awak tolong saya?"

"Boleh... Apa yang Che Empunya Badan nak?"

"Boleh tak suruh anak-anak buah fikiran Che Otak keluar bermain? Sunyilah..."

"Ohh, boleh.. Che Empunya Badan tunggu lah sekejap. Nanti anak-anak buah fikiran saya keluarlah."

"Terima kasih Che Otak."

"Sama-sama, Che Empunya Badan."

Sunday, September 20, 2009

Hai HARI RAYA...

Hai Hari Raya, mengapa kau tak ku rasa sebegitu rupa? Bagai hari-hari biasa sahaja.

Sila hayati ayat di atas. Aku berkata sedemikian kerana pada saat ini, iaitu malam raya kedua, keluarga Nek Mama berada di rumahku. Bukan untuk berkunjung raya, [erm, mungkin juga ya...] tetapi untuk menonton perlawanan bola sepak. Manchester United vs. Manchester City. Nek Mama, Tok Chik, Pak Long Boboy, Mak Long, Anis, Aiman, Aqif, Mimi and Ucu Jaja. Ucu Jaja mabuk. Katanya dah 6 minggu. Diorang datang untuk dua tujuan ; Ucu Jaja nak makan spaghetti and Pak Long Boboy and Mimi nak tengok bola. Rasanya Mimi sokong Chelsea. Tak tahulah... Yang pasti, mereka sangat bersemangat menyorak untuk Manchester United. Kadang-kadang aku rasa jantung terjatuh mendengar tempikan dan sorakan mereka di depan bilik. Nasib baik tak bergema.

Tadi kami melawat Wan, mak Atuk. Wan berumur 84 tahun, masih sihat dan masih mempunyai kedua-dua kakinya. Padahal Atuk, anak Wan, sudah diamputasi kakinya. Cuma Wan agak lemah la. Dia tak perlukan bantuan untuk turun naik tangga, cuma slow sikit. Aku tak tahu dah berapa banyak cicit Wan. Aku tak kenal sangat dengan family Wan, Ibu, Mak Ngah, Ucu, ya. Mereka semua kenal aku, aku je yang tak kenal diorang. Kata Wan masa aku salam nak balik. Dia pegang tangan aku then cakap kat Ibu ; "aku dari tadi tak tahu siapa ni, sekarang aku nak bertanya." Umi [nenek aku and menantu Wan] pun jawab ; "ni anak Ela [mak aku and cucu Wan] yang sulung. **** yang kecik dulu tu hah!"
BEDEBUK!!
Wan punya debik aku, perghhh... nasib baik tak bekas. Cucu-cucu dia [aku rasa lah, sebaya dengan Ibu] ketawa. Wan cakap ; "lah, **** ke.. Tak kenal aku dengan kau, badan dah macam mak orang!"
[Hati : jangan ambil hati, kau kan dah selalu kena macam tu... sabar]
[Akal : Itulah, orang suruh diet tak mahu! Benda ni dah masuk tahap penghinaan tau!]
"dah darjah berapa dah ni?"
Ibu ; "Baru masuk Form 2" Pastu dah abis chit-chat pasal aku yang telah membesar rapidly, aku dengan segera memblah-kan diri, dengan cara yang sopan dan berhemah. Kat luar, ada sorang akak ni [cucu Wan] ni pun ikut keluar. [Biasalah, kita selalunya temankan tetamu keluar. Adat.]
Akak tersebut ;" Ha'ah, **** mesti tak ingat achik kan?"
Aku dengan selamba ;" Ha'ah, memang tak ingat pun..."
Aku tak pasti sama ada ayat tersebut sesuai atau tidak. Tapi aku rasa best. Antara benda yang Ibu and Umi cakap is " Yelah, **** je cucu Umi dulu. Umi bawak ke hulu ke hilir, marhaban, kenduri orang kahwin, masukkan dia Tadarrus, bawak dia pergi surau. Kat CR tu dia aja lah cucu Che Cum [Umi] yang diorang kenal. Dia cucu Umi yang paling sulung." Hahaha...

Masa kat rumah Nek Mama pulak tadi, Ibu membangkitkan isu tersebut... Kata Ibu, "Semua orang kat CR tu kenal dia. Bak kata dia, Umi ada mata kat mana-mana dalam CR. TAdi Papa Rio dia tanya [masa sesi memohon ampun di pagi raya] apa azam untuk tahun depan Dia jawab, 'Nak dapat 8A PMR and dapat keluar dari CR'." Hahaha... Sebenarnya aku nak tambah, 'dan lari ke tempat yang tiada siapa pun kenal saya'.

Thursday, September 3, 2009

Hari ini aku PONTENG!

Ye, dengan rasa sangat-sangat bersalah, aku ingin mengumumkan di sini bahawasanya aku telah ponteng sekolah. Aku berada di Kajang, Selangor. Di rumah mak aku. Kemungkinan yang aku bakal ponteng sekali lagi esok adalah amat tinggi. Sebelum Raya, aku ingin meminta maaf atas kesalahanku yang tak seberapa ini.

AMARAN!
Untuk pengetahuan rakan-rakan yang mungkin sekarang ni sedang berduka cita atas ke-tidak-hadiran-ku hari ini, MEMONTENG BUKAN SESUATU YANG MUDAH. Oleh itu, JANGAN LAKUKAN INI DI RUMAH TANPA PENGAWASAN DEWESA!
Mengapa aku berkata-kata sedemikian? Sebab malam tadi masa aku ngan Ibu nak balik ke Kajang, Jijah merengek nak ikut sekali. Dia tak gi sekolah semalam, demam. Ibu pun dengan sabarnya meujuk beliau. Bila kitorang nak turun tangga, Jijah menjerit : " Pergilah kau, *[bukan nama tersebar]ani! B*** kau!!!" Hish, Jijah memang macam tu. Dalam adik beradik kitorang, dia yang paling baik dan jugak yang paling 'mengancam nyawa' denga kata-kata beliau.

Destinasi berikutnya, Petaling Street. Yes, boleh jumpa Ah Siong, supplier kasut-kasut Ibu. Hahaha, sebelum ni aku pikir Ah Siong ni orang tua. Masih muda dan hensem giler!!! Berikut merupakan formula yang aku gunakan untuk meng-'describe'-kan si Ah Siong.Remove formatting from selection

AH SIONG + DANIEL WU = KE-HENSEM-AN BELIAU!

Ibu cakap dengan dia, "Ala Ah Siong, rugilah anak I datang kalau u pakai benda tu [mask]. Dia cakap kan, muka u macam Daniel Wu...."
Ah Siong pandang aku. "I kena pakai ni wo, I demam. Lagipun sini banyak pelancong datang..." Lepas tu dia terus cabut mask dia. Haaaa, baru terselah ke-hensem-an beliau. :P

And also buat Navinesh Madurai Veeran, Happy Birthday!!!!!!! Birthday dia semalam, aku wish kat Facebook. He was my new friend in Facebook. :) You're most welcome, hun.