BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 20, 2009

Hai HARI RAYA...

Hai Hari Raya, mengapa kau tak ku rasa sebegitu rupa? Bagai hari-hari biasa sahaja.

Sila hayati ayat di atas. Aku berkata sedemikian kerana pada saat ini, iaitu malam raya kedua, keluarga Nek Mama berada di rumahku. Bukan untuk berkunjung raya, [erm, mungkin juga ya...] tetapi untuk menonton perlawanan bola sepak. Manchester United vs. Manchester City. Nek Mama, Tok Chik, Pak Long Boboy, Mak Long, Anis, Aiman, Aqif, Mimi and Ucu Jaja. Ucu Jaja mabuk. Katanya dah 6 minggu. Diorang datang untuk dua tujuan ; Ucu Jaja nak makan spaghetti and Pak Long Boboy and Mimi nak tengok bola. Rasanya Mimi sokong Chelsea. Tak tahulah... Yang pasti, mereka sangat bersemangat menyorak untuk Manchester United. Kadang-kadang aku rasa jantung terjatuh mendengar tempikan dan sorakan mereka di depan bilik. Nasib baik tak bergema.

Tadi kami melawat Wan, mak Atuk. Wan berumur 84 tahun, masih sihat dan masih mempunyai kedua-dua kakinya. Padahal Atuk, anak Wan, sudah diamputasi kakinya. Cuma Wan agak lemah la. Dia tak perlukan bantuan untuk turun naik tangga, cuma slow sikit. Aku tak tahu dah berapa banyak cicit Wan. Aku tak kenal sangat dengan family Wan, Ibu, Mak Ngah, Ucu, ya. Mereka semua kenal aku, aku je yang tak kenal diorang. Kata Wan masa aku salam nak balik. Dia pegang tangan aku then cakap kat Ibu ; "aku dari tadi tak tahu siapa ni, sekarang aku nak bertanya." Umi [nenek aku and menantu Wan] pun jawab ; "ni anak Ela [mak aku and cucu Wan] yang sulung. **** yang kecik dulu tu hah!"
BEDEBUK!!
Wan punya debik aku, perghhh... nasib baik tak bekas. Cucu-cucu dia [aku rasa lah, sebaya dengan Ibu] ketawa. Wan cakap ; "lah, **** ke.. Tak kenal aku dengan kau, badan dah macam mak orang!"
[Hati : jangan ambil hati, kau kan dah selalu kena macam tu... sabar]
[Akal : Itulah, orang suruh diet tak mahu! Benda ni dah masuk tahap penghinaan tau!]
"dah darjah berapa dah ni?"
Ibu ; "Baru masuk Form 2" Pastu dah abis chit-chat pasal aku yang telah membesar rapidly, aku dengan segera memblah-kan diri, dengan cara yang sopan dan berhemah. Kat luar, ada sorang akak ni [cucu Wan] ni pun ikut keluar. [Biasalah, kita selalunya temankan tetamu keluar. Adat.]
Akak tersebut ;" Ha'ah, **** mesti tak ingat achik kan?"
Aku dengan selamba ;" Ha'ah, memang tak ingat pun..."
Aku tak pasti sama ada ayat tersebut sesuai atau tidak. Tapi aku rasa best. Antara benda yang Ibu and Umi cakap is " Yelah, **** je cucu Umi dulu. Umi bawak ke hulu ke hilir, marhaban, kenduri orang kahwin, masukkan dia Tadarrus, bawak dia pergi surau. Kat CR tu dia aja lah cucu Che Cum [Umi] yang diorang kenal. Dia cucu Umi yang paling sulung." Hahaha...

Masa kat rumah Nek Mama pulak tadi, Ibu membangkitkan isu tersebut... Kata Ibu, "Semua orang kat CR tu kenal dia. Bak kata dia, Umi ada mata kat mana-mana dalam CR. TAdi Papa Rio dia tanya [masa sesi memohon ampun di pagi raya] apa azam untuk tahun depan Dia jawab, 'Nak dapat 8A PMR and dapat keluar dari CR'." Hahaha... Sebenarnya aku nak tambah, 'dan lari ke tempat yang tiada siapa pun kenal saya'.