BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

Jobs di sekeliling aku.

Sedang menonton Kampung Boy, di saluran Astro Ceria 611. Perlukah ada manusia berjalan seperti zombie, dan digambarkan sebgai duit berjalan? :P

Baru balik dari Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee. Mak Ngah nak ambik barang-barang ofis. Aku, Mak Ngah, Ibu, Alia ngan Aidan lunch kat bangunan sebelah yang aku tak tahu namanya. Sape-sape yang tahu, bolehlah bagitahu. Kalau tak silap, shopping complex. Packed dengan manusia-manusia yang nak melepak tunggu lunch hour habis. Well, bukanlah melepak - memandang kan manusia yang bekerja kat ofis ni 'bagus-bagus' orangnya. Manusia yang bekerja daily '7 to 5' tu tahulah rutin harian diorang. Yang aku tahu, selalunya
company diorang just about nak dapat tender, gi site, lunch sambil talking business, pepagi trapped dalam traffic jam. Yang 'lunch sambil talking business' tu, tak paham-paham lagi ke? BUSI-NESS. Korang belajar tinggi sampai langit ketujuh sana nun pun tak paham ke?
Lepas berhempas pulas berlumba sape type paling laju di bawah angin bayu sang air-cond (air-cond ada chlorofluorocarbons, yang menipiskan lapisan ozon), manusia-manusia ni race pulak ke food court berdekatan untuk makan tengahari. Kalau ada lagi masa, memborong. Mak Ngah selalunya 'attack area' dia kat Sogo. Sama ada naik 'cab' ataupun jalan kaki - wahh, power giler diorang ni (disebabkan banyak sangat 'exercise', dan jugak bantuan 'Teh Orang Kampung', pinggangnya sebesar cengkaman aku). Kengkadang Mak Ngah gi masa 'office hour' dah habis. Balik, cakap lah kat anak-anak dia yang 'spastik' tu, "Mama ada beli Twisties, Chi-gedix, Double Deckers, jajan, bla-bla-bla...." Kitorang 3 beradik diam je lah tengok tv.
My mum lak, hmmm, nak kata bekerja, takde lah nampak cam bekerja. Tapi duit masuk tiap-tiap bulan. Direct selling. Dia ngan papa jumpa orang every week, pergi attend business presentation. Hari tu, diorang menang lucky draw, dapat Perodua Viva. Tapi ibu pikir, takyah lah. Nak bayar 'roadtax' lagi,kang tu mati, ni mati... Haru. Plus, papa sayang Waja kuning dia tu. Bersalutkan sticker M.U. merata. Setia pada yang satu.
Mak Ucu, kerja kat HP. Satu bangunan ngan tempat kerja lama ibu dulu. Advertising. TBWA. Hahaha, teringat satu
kisah yang ibu jaja kat kitorang satu family.
Ibu nak quit, and it was her last day. Oleh itu, staff-staff kat situ yang kebanyakannya wanita men'derma'kanlah hugs and kisses diorang. Sampailah kat General Manager dia, Ibu stop and say, "Sorry, but i don't hug hypocrite people". Muahahaha. Masa dia cerita, "takdelah, dia yang gulingkan aku, nak hug-hug aku plak.
Lantak akulah nak cakap apa pun, last day aku." Bravo!
Ayah, tergolong dalam profesion yang aku tak berapa nak berkenan. He's a steward. MAS. Tak nak cakap banyak. :P
Papa lak, a bodyguard. Job yang bukan hari-hari kita boleh jumpa. Ada satu 'bonjol' kat belakang, dipercayai bullet terperangkap kat dalam. Puhh, lebar-lebor! Tapi beruntung la gak dapat bodyguard.....
And for myself, aku akan belajar balik kat sekolah rendah kalau aku dapat offer kerja kat office. Atleast bagi Math Teacher pun jadilah. Asalkan aku tak perlulah jumpa orang cakap pasal profit, tender, marketing tiap-tiap kali mulutnya terbuka. Kalau kau nak tanya aku waktu kerja habis ke, Detective Conan yang latest pe citer, boleh. Yang lain, depends lah.

Sunday, November 22, 2009

it's holiday

yuppppp,it's holiday. And i'm stuck in the middle of a hurricane, big one. This morning my bed started to shake, and noises came from the door. Someone is knocking, banging, actually. And that was when the hurricane started. 6 annoying kids aged from 10 to 1 are in the house, trying real hard to annoy me. Congratulations kids. You just done it.

WHY, WHY, WHY ???
How could this happen to me, .....

Argh, this hurricane is bothering and irritating. A small one is twirling beside me, being an as***le. Hope i can go back to yesterday, hahahahaha. I called 'dia'. Thrice! And it went well, and then 'dia' say something. He's sweet. :)

And erm, i called the other 'dia'. Huh. She doesn't know who i am. Well, it's the number. And this is for her. And, erm, the last part of this song means nothing. That's just for couples. And (it's the last 'and') we're not.

Please Forgive Me by Bryan Adams.
Still feels like our first night together,
Feels like the first kiss, it's gettin' better baby
No one can better this.
Still holdin' on, you're still the one
First time our eyes met, same feelin' I get
Only feels much stronger, wanna love ya longer
You still turn the fire on...
Chorus:So if you're feelin' lonely don't
You're the only one I ever want
I only wanna make it good,
So if I love ya a little more than I should,
Please forgive me, I know not what I do.
Please forgive me, I can't stop lovin' you.
Don't deny me this pain I'm going through.
Please forgive me, if I need ya like I do.
Oh believe me, every word I say is true.
Please forgive me, i cant stop loving you.

Still feels like our best times are together.
Feels like our first touch, still gettin' closer baby
Can't get close enough.
Still holdin' on, still number one
I remember the smell of your skin.
I remember everything.
I remember all your moves
I remember you, yeah!
I remember the nights ya know I still do.
Chorus..
One thing I'm sure of, is the way we make love.
And one thing I depend on, is for us to stay strong
With every word and every breath I'm prayin'
That's why I'm sayin'.
chorus
Never leave me I don't know what I'd do.
Please forgime me, i cant stop lovin you
Cant stop lovin you..

......
Tengah cari summer camp for myself and my friends.

Thursday, November 19, 2009

The Melodramatic of Our Last Day.

Uncle hampir tak hantar aku balik sebab ingatkan aku takde dalam bas. Fuhh...
Hari ni paper Geo, Sejarah, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam. Tak tahu nak kata apa. Satu kelas meniru. Yang pasti bukan kelas kitorang je, pasti kelas lain meniru gak.
Last day yang melodramatik.

Sunday, November 8, 2009

Merapu tengah malam.

Hmm, apa yang aku rasa hari ini? Tiada apa-apa. Konklusinya, aku tak berperasaan.



Untuk aktiviti akhir tahun, diorang bagi macam-macam. Termasuklah berita bangang pasal exam akhir tahun yang kedua. Ada koir, pengacaraan, explorace dll.

[terasa nerd dan tak waras berkata pasal benda-benda ni sume.]

Untuk koir, kitorang rasa excited. Salahkan Sayy, sebab dia - dengan penuh rasa tanggungjawab - buat revision and cari example-example choir untuk ditunjukkan kat kitorang. Dia bawak pendrive, tunjuk satu choir ni from UK. PERGHHHHH!!!




Tajuk : Stand by Me/Beautiful Girl - the Choir.


Sila lihat betul-betul kat conductor dia. Mengancam jiwa. Setelah aku Google, namanya Gareth Malone dan sudah pun berkhahwin. Umurnya tidak dapat dikenal pasti. Tapi, dia betul-betul nampak macam salah seorang daripada students tu.


Kitorang nak nyanyi benda yang lain, the other day aku, Wan and Sayy translate lagu You're Not Alone dan Heal The World oleh Michael Jackson menjadi Kau Tak Sendiri dan Selamatkan Bumi. Haha, dengar macam tak logik tapi trust me. It's amazing! Walaupun pertandingan tu hari Rabu nanti..... Disebabkan lokasi 2E ni strategik - iaitu di antara 2M dan 2T - kitorang secara tak langsung dapat tahu apa yang diorang buat. Muahahaha!


Brilliant.


Dan sekarang aku tak tahu nak buat apa dengan 'PENGACARAAN'. Cik Seri yang handle acara ni so aku rasa keberatan lah nak upset kan dia. Jangan tanya kenapa. Sayy missed call aku twice semalam, nak discuss pasal tu. Dia nak kitorang buat topik ; Gejala Sosial. Isu ; Homoseksual, Dadah dan Alkohol. Biasalah, Sayy... Idea dia gempak!


Fantastic.


Aku rindu kat Beliau 1 dan Beliau 2. Haha, disebabkan aku suka sangat guna istilah 'beliau', aku bagi nombor kat diorang so aku boleh bezakan diorang. Genius tak? Peh, cam bangang je...

Wednesday, September 30, 2009

hari-hariku yang tiada bezanya.

Yupp, it's true and i'm not going to give a damn to change it.

Hari-hari, the same damn thing yang happen.

Bangun, kena marah, naik bas-kengkadang tertinggal, pergi sekolah, huh..che goo, HOMEWORKS!!!!, rehat-kantin yang menyedihkan dan mengharukan, che goo balik, HOMEWORKS, balik, penat, tidur. Ops, lupa. Selitkan HOMEWORKS di antara penat dan tidur tu ye... Syukur ke hadrat Ilahi, aku duduk di tepi pintu yang membolehkan aku mengelamun. Aku suka tengok orang yang berjalan kat bawah sana, kengkadang ada benda kelakar yang aku boleh tengok. Kalau che goo datang, aku boleh tolong alert-kan class. Kalau takde pape untuk dilihat, aku akan duduk mengelamun sambil mata memandang pokok besar kat luar kelas. Pokok tersebut memang best... Kalau petang-petang masa hujan, coooool je aku tengok pokok ni merempuh hujan. Errr, hujan tak boleh 'rempuh' hujan, so pokok tu...entahlah. Drop it, key? Masa paling best, sudah tentu masa Math. [kalau boleh nak cakap masa Sejarah, tapi aku duduk belakang masa Sejarah] Itu merupakan masa terbaik untuk mengelamun...



Pastu, balik.

That's it.

Balik.

So simple.

Balik.



Balik, korang akan pulang ke rumah yang korang selalu harap satu hari nanti, rumah tu akan perbaiki diri sendiri.



Baffling, ain't i?



Soooooo, macam mana Raya? Bast? Aku balik Johor on the 2nd day of Raya, then on the 3rd day of Raya i head north, Kedah. Nobody kat Kedah. Kitorang gi serbu rumah bos Papa. Haha, masyuk tuwh..... Dekat RM200 dapat kat situ. Hari Sabtu, aku and family aku pergi rumah Ejad.


Dalam beberapa hari lagi, Mr. Fauzi, Mr. Adi, Mr. Tan, And Mr. Saidin akan mengangkat kaki dari sekolah... tempoh pract diorang dah habis. Sob, Sob. Mr. Fauzi ni mengada-ngada nak suruh kitorang buat surat. Cakap, takpe buat on a piece of a chokia paper. Tak. I'll do it my way. Dan surat tersebut bakal sampai ke tangan dia pada Hari Jumaat. Yang tinggal, kena pikir apabenda nak dikarang ke atas surat tu?

"Assalammualaikum..."

"waalaikummussalam..."

"Wahai Che Otak, boleh tak awak tolong saya?"

"Boleh... Apa yang Che Empunya Badan nak?"

"Boleh tak suruh anak-anak buah fikiran Che Otak keluar bermain? Sunyilah..."

"Ohh, boleh.. Che Empunya Badan tunggu lah sekejap. Nanti anak-anak buah fikiran saya keluarlah."

"Terima kasih Che Otak."

"Sama-sama, Che Empunya Badan."

Sunday, September 20, 2009

Hai HARI RAYA...

Hai Hari Raya, mengapa kau tak ku rasa sebegitu rupa? Bagai hari-hari biasa sahaja.

Sila hayati ayat di atas. Aku berkata sedemikian kerana pada saat ini, iaitu malam raya kedua, keluarga Nek Mama berada di rumahku. Bukan untuk berkunjung raya, [erm, mungkin juga ya...] tetapi untuk menonton perlawanan bola sepak. Manchester United vs. Manchester City. Nek Mama, Tok Chik, Pak Long Boboy, Mak Long, Anis, Aiman, Aqif, Mimi and Ucu Jaja. Ucu Jaja mabuk. Katanya dah 6 minggu. Diorang datang untuk dua tujuan ; Ucu Jaja nak makan spaghetti and Pak Long Boboy and Mimi nak tengok bola. Rasanya Mimi sokong Chelsea. Tak tahulah... Yang pasti, mereka sangat bersemangat menyorak untuk Manchester United. Kadang-kadang aku rasa jantung terjatuh mendengar tempikan dan sorakan mereka di depan bilik. Nasib baik tak bergema.

Tadi kami melawat Wan, mak Atuk. Wan berumur 84 tahun, masih sihat dan masih mempunyai kedua-dua kakinya. Padahal Atuk, anak Wan, sudah diamputasi kakinya. Cuma Wan agak lemah la. Dia tak perlukan bantuan untuk turun naik tangga, cuma slow sikit. Aku tak tahu dah berapa banyak cicit Wan. Aku tak kenal sangat dengan family Wan, Ibu, Mak Ngah, Ucu, ya. Mereka semua kenal aku, aku je yang tak kenal diorang. Kata Wan masa aku salam nak balik. Dia pegang tangan aku then cakap kat Ibu ; "aku dari tadi tak tahu siapa ni, sekarang aku nak bertanya." Umi [nenek aku and menantu Wan] pun jawab ; "ni anak Ela [mak aku and cucu Wan] yang sulung. **** yang kecik dulu tu hah!"
BEDEBUK!!
Wan punya debik aku, perghhh... nasib baik tak bekas. Cucu-cucu dia [aku rasa lah, sebaya dengan Ibu] ketawa. Wan cakap ; "lah, **** ke.. Tak kenal aku dengan kau, badan dah macam mak orang!"
[Hati : jangan ambil hati, kau kan dah selalu kena macam tu... sabar]
[Akal : Itulah, orang suruh diet tak mahu! Benda ni dah masuk tahap penghinaan tau!]
"dah darjah berapa dah ni?"
Ibu ; "Baru masuk Form 2" Pastu dah abis chit-chat pasal aku yang telah membesar rapidly, aku dengan segera memblah-kan diri, dengan cara yang sopan dan berhemah. Kat luar, ada sorang akak ni [cucu Wan] ni pun ikut keluar. [Biasalah, kita selalunya temankan tetamu keluar. Adat.]
Akak tersebut ;" Ha'ah, **** mesti tak ingat achik kan?"
Aku dengan selamba ;" Ha'ah, memang tak ingat pun..."
Aku tak pasti sama ada ayat tersebut sesuai atau tidak. Tapi aku rasa best. Antara benda yang Ibu and Umi cakap is " Yelah, **** je cucu Umi dulu. Umi bawak ke hulu ke hilir, marhaban, kenduri orang kahwin, masukkan dia Tadarrus, bawak dia pergi surau. Kat CR tu dia aja lah cucu Che Cum [Umi] yang diorang kenal. Dia cucu Umi yang paling sulung." Hahaha...

Masa kat rumah Nek Mama pulak tadi, Ibu membangkitkan isu tersebut... Kata Ibu, "Semua orang kat CR tu kenal dia. Bak kata dia, Umi ada mata kat mana-mana dalam CR. TAdi Papa Rio dia tanya [masa sesi memohon ampun di pagi raya] apa azam untuk tahun depan Dia jawab, 'Nak dapat 8A PMR and dapat keluar dari CR'." Hahaha... Sebenarnya aku nak tambah, 'dan lari ke tempat yang tiada siapa pun kenal saya'.

Thursday, September 3, 2009

Hari ini aku PONTENG!

Ye, dengan rasa sangat-sangat bersalah, aku ingin mengumumkan di sini bahawasanya aku telah ponteng sekolah. Aku berada di Kajang, Selangor. Di rumah mak aku. Kemungkinan yang aku bakal ponteng sekali lagi esok adalah amat tinggi. Sebelum Raya, aku ingin meminta maaf atas kesalahanku yang tak seberapa ini.

AMARAN!
Untuk pengetahuan rakan-rakan yang mungkin sekarang ni sedang berduka cita atas ke-tidak-hadiran-ku hari ini, MEMONTENG BUKAN SESUATU YANG MUDAH. Oleh itu, JANGAN LAKUKAN INI DI RUMAH TANPA PENGAWASAN DEWESA!
Mengapa aku berkata-kata sedemikian? Sebab malam tadi masa aku ngan Ibu nak balik ke Kajang, Jijah merengek nak ikut sekali. Dia tak gi sekolah semalam, demam. Ibu pun dengan sabarnya meujuk beliau. Bila kitorang nak turun tangga, Jijah menjerit : " Pergilah kau, *[bukan nama tersebar]ani! B*** kau!!!" Hish, Jijah memang macam tu. Dalam adik beradik kitorang, dia yang paling baik dan jugak yang paling 'mengancam nyawa' denga kata-kata beliau.

Destinasi berikutnya, Petaling Street. Yes, boleh jumpa Ah Siong, supplier kasut-kasut Ibu. Hahaha, sebelum ni aku pikir Ah Siong ni orang tua. Masih muda dan hensem giler!!! Berikut merupakan formula yang aku gunakan untuk meng-'describe'-kan si Ah Siong.Remove formatting from selection

AH SIONG + DANIEL WU = KE-HENSEM-AN BELIAU!

Ibu cakap dengan dia, "Ala Ah Siong, rugilah anak I datang kalau u pakai benda tu [mask]. Dia cakap kan, muka u macam Daniel Wu...."
Ah Siong pandang aku. "I kena pakai ni wo, I demam. Lagipun sini banyak pelancong datang..." Lepas tu dia terus cabut mask dia. Haaaa, baru terselah ke-hensem-an beliau. :P

And also buat Navinesh Madurai Veeran, Happy Birthday!!!!!!! Birthday dia semalam, aku wish kat Facebook. He was my new friend in Facebook. :) You're most welcome, hun.